BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 15 April 2013

Barakallah sahabat ku Madam Fizah. :)

Bismillah., 
Assalamualaikum w.b.t semua...
Hehe.. 

Coretan kali ini , khas saya buatkan untuk Nor Hafizah , sahabat sekelas dan sahabat seperjuangan ..
Maaf Fizah., kami tak buatkan pre dan post wedding video . 
Ada tenaga , ada kemahiran (sikit-sikit).., tp tiada peralatan dan kesuntukan masa juga.. 
Oleh itu , di sini sahajalah nak meluahkan segala yang nak bagitahu Fizah. 
Aasif Jiddan sekali lagi.. kui3..
(NOTE : saya bahasakan diri saya dengan kawan-kawan 'KAMI') :P

Dan buat kawan-kawan yang tak tahu berita.. (hehe)
alhamdulilah.., sahabat ana (cewah) telah selamat di ijabkabulkan pada 11 April 2013 yang lepas. 
taraaaa.. ini gambar kami sekelas masa nak bertolak ke majlis. 

Notes! saya invisible di dalam gambar ini. Tenggelam dek kegembiraan kawan-kawan yang lain. hihi.

Alhamdulilah.., majlis berjalan dengan lancar., 
Allah., hati berdebar-debar sangat masa ayah Fizah (selaku tok kadi ) pada hari tersebut melafazkan akad kepada pengantin lelaki USTAZ MEOR .
Terserlah bahawa Fizah sangat co0l , hehe.. 
Sebabnya kami yang kawan-kawan kat tepi-tepi ni yang gelabah.. Tapi fizah masih tenang di sisi ibunya.
Dua tiga hari sebelum pernikahan ., saya ada bersembang-sembang dengan Fizah , beliau ada menyatakan perasaan berdebar-debarnya.
Tapi pada hari itu , beliau berjaya menjadi RATU SEHARI yang sangat tenang dan ternyata sungguh MATANG. 
Dalam hati saya apabila melihat beliau ketika itu hanya berkata ,
"Aku tak boleh kahwin lagi ni" hehe.. 


Kalau ada yang ingin tahu personaliti Fizah , 
sepanjang perkenalan dan persahabatan ukhuwah kami terjalin (briefly je la owkey, isteri orang dah nie , hehe.. kidding :P)
Fizah adalah seorang pelajar contoh kepada kawan, cemerlang pelajaran dan cemerlang sahsiah.
Seorang yang sangat menjaga ikhtilat .
Melihat beliau hati menjadi tenang .
Dan beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan.. 
Saya ketika rasa jatuh dan iman turun naik., selalu rujuk dan minta nasihat daripada beliau.. 
Alhamdulilah.., Hati rasa tenang bila rakan yang dikasihi di jodohkan dengan seorang zauj yang Soleh ., 

Kan Allah dan bagitahu , wanita yang baik untuk lelaki yang baik., 
Begitu juga sebaliknya . 
Barakallah Fizah dan pasangan . :)


Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat pengantin baru kepada merpati dua sejoli.,
Saya doakan Fizah dan pasangan kekal hingga ke syurga., 
Semoga Fizah dapat menjadi contoh kepada kawan-kawan.. 
Menjadi anak , isteri dan bakal ibu yang solehah.. Amiin..
(Fizah, kami cop nak jadi babysitter dulu!!! ) :P hehe..

0 ulasan: