BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 18 Mei 2013

Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum w.b.t.., 
Alhamdulilah.., Alhamdulilah.., 
Hari ini kita masih diberikan nafas untuk menikmati nikmat ISLAM dan IMAN..
Alhamdulilah.., :)

Entri kali ini , 
Hanya selingan di musim imtihan., 
KETIKA CINTA BERTASBIH.. 

Biasalah dekat-dekat nak menghampiri fatrah imtihan ini , banyak pula perkara-perkara yang datang menjadi topik perbualan . 
Antaranya ..,
KAHWIN. 
BERCINTA SELEPAS KAHWIN.,
dan pelbagai lagi topik-topik yang diawalan dan diakhiran nya berbunyi 'KAHWIN'.. :)

Dulu-dulu zaman.,
dapat kad jemputan dari kawan-kawan PAKCIK MAKCIK..,
lepas tu.,
dapat kad jemputan daripada kawan-kawan KAKAK..,
lepas tu sekarang ni dapat jemputan daripada kawan-kawan SEKELAS.
Mahu tak mahu.., masing-masing mula membuka bicara tentang topik ni..

Ada yang sedang merancang .., Alhamdulilah..,
Ada yang sedang berserah.., Alhamdulilah juga.., 
dan
Ada juga yang tak ambil bahagian tentang topik ni, (tak pasti bagus atau tak ) tapi.. Alhamdulilah juga..
sebabnya, masing-masing punyai pemikiran yang tersendiri tentang hal ini. 

Sejujurnya., 
Pada pandangan saya , ketika umur mencecah 20-an.., tidak salah seseorang itu membicarakan tentang hal ini., kerana perkahwinan itu kan SUNNAH Rasullallah.,
 hal ini SUCI..,
dan bercakap tentang perkara ini , 
selagi tidak melampaui batas mampu membuka minda-minda akhawat dan ikhwah untuk lebih bersedia ke arah ini., 
tidak kisah lah untuk masa terdekat atau 5 ke 10 tahun lagi. 

Dan bagi sahabat-sahabat yang kiranya ingin melangkah ke DUNIA BARU ini.,
persiapkanlah dulu diri anda sebaiknya., 
Bak kata seorang teman yang sudah mendirikan mahligai rumah tangga.,
"Perkahwinan bukan hanya sekadar untuk kita menjaga diri dari perkara maksiat, melaksanakan tuntutan dan syariat, malah ia menuntut lebih dari itu. Ia menuntut erti komitmen dlm mencapai misi dan visi beit muslim yg ingin dibina, kesabaran, tanggungjawab, pengurusan yang baik (masa, kewangan, study dll), dan banyak lagi"

Selain itu , 
sebelum kita ke arah itu , 
moleklah sekiranya kita ,
MANTAPkan dahulu hubungan kita dengan Allah..,
MANTAPkan dahulu hubungan kita dengan keluarga dan rakan-rakan..,
MANTAPkan dahulu disiplin kita menguruskan masa ., kendalian rumah dan kebersihan diri. 
Semoga faktor ini bukan sekadar penyumbang kepada terlahirnya seorang ISTERI/SUAMI yang soleh dan solehah , malah persediaan kita untuk menjadi seorang IBU dan AYAH yang juga soleh dan solehah..



Ingin saya kongsikan di sini 10 PERIBADI MUSLIM ,
yang boleh kita jadikan target untuk dicapai sebelum mendirikan baitul muslim ,

  1. Aqidah yang sejahtera.
  2. Ibadah yang sohih.
  3. Akhlah yang mantap.
  4. Berpengetahuan luas.
  5. Memiliki tubuh badan yang sihat.
  6. Bermujahadah melawan nafsu.
  7. Berdikari.
  8. Tersusun dalam urusan.
  9. Menetapi masa.
  10. Bermanfaat untuk orang lain.
Selain itu., hadirkanlah perasaan dalam diri kita untuk betul-betul khusyuk (merasai kemanisan iman) dalam melakukan ibadah dan tamankanlah cinta yang sebenar-benar cinta kepada Allah dan Rasullallah , supaya cinta kita kepada bakal pendamping hidup kita nanti adalah selepas kecintaan kita kepad Allah dan Rasul dan bukan melebihi batas.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".  (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Huraian , 
maksudnya : Tiga perkara di mana apabila sesiapa pun mempunyainya maka dengan tiga perkara tersebut dia akan merasai kemanisan iman , 
  1. apabila seseorang itu menjadikan Allah dan Rasulnya sebagai yang PALING dicintainya .
  2. tidak mencintai mencintai seseorang itu melainkan KERANA CINTANYA KEPADA ALLAH s.w.t.
  3. apabila dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka . 

Kalau pada pandangan saya sendiri..,
Percintaan selepas kahwin itu lebih indah.., 
Dan in syaa Allah itu yang diimpikan ..,
Doakan ye.. :)

Pernah juga berbicara dengan beberapa sahabat untuk mengisi borang Bait Muslim ,  (  :) )
tapi hati ini masih MENGHARAPKAN keajaiban daripada Allah akan berlaku. ..
"Jika tidak bisa kita sentuh seseorang itu dengan kata-kata , sentuhlah hatinya dengan Doa kepada Illahi"
Sebagai seorang muslimah..,
Apabila kita merahsiakan hasrat hati kita , dan menjaga ikhtilat kita semata -mata untuk menjaga kehormatan kita kepada bakal suami.. itu juga dianggap sebagai suatu perjuangan yang besar.

Seorang teman pernah berkata kepada saya dan membuatkan saya terfikir ,
"Kalau kita nak kahwin , kita kena tahu SEBAB kita nak kahwin. Apa sebabnya..? Kalau tak ada sebab., atau sekadar suka-suka , baik jangan " .
Betul kan apa yang sahabat saya katakan ..
Jika ada sebab seperti..,
1.sudah ada calon dan ingin menjaga hati , atau
2. dirasakan perlu berkahwin kerana sudah sampai keinginan dan sudah mampu.,
3. sudah jatuh hukum WAJIB kahwin ( tahukah anda hukum KAHWIN berubah-rubah mengikut keadaan?),
maka eloklah di segerakan..
Jika tiada sebab seperti ,
1,bestnya nak kahwin , boleh pakai cantik-cantik masa nikah.,
2." uhmmm.. tak tahu la kenapa nak kahwin.., tapi rasa teringin sangat-sangat"..
3. tidak ada calon dan tidak ada keperluan yang mengharuskan dan mewajibkan kita kahwin..,
diharapkan golongan-golongan seperti ini (termasuk saya yang number 3 tu) , kita cari dulu ilmu-ilmu yang boleh kita bekalkan di masa akan datang .

Jadi kesimpulannya di sini ., entri ini

harap boleh membantu rakan-rakan dan diri sendiri yang mengalami gelombang " nak exam tapi fikiran melayang-layang ke tempat lain" nie.,
untuk kita fokus kembali tujuan kita dalam melakukan setiap sesuatu.
Siapa-siapa yang rasa dah patut kahwin tu.., lepas imtihan nanti.., telefon lah mak ayah kat malaysia.., sekarang kita fokus study , hehe..
Dan siapa-siapa yang belum ada keperluan /keharusan /kewajipan untuk kahwin.,
Jum kita perbaiki diri . :) dan tak lupa., fokus study juga!

Akhir kalam.,
Mabruk kepada Ismatul Nabila dan Azhari ,
dua-dua rakan sekelas ni..,
Semoga segala urusan dipermudakan.,
Kami Asnan Gamil sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian..
Amiin..

"Bukanlah aku sengaja..,
melindungi  rasa di jiwa..,
Namun bimbang diri kan terleka.,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah..,
Hingga terabai segala CITA.,
Sedang khayalan tak menjanjikan..
Segunung kebahagian.,
Sebagai mahar  hantaran.. "
MAHAR CINTA-DEVOTESS.




Isnin, 15 April 2013

Hati - hati menjaga hati.

Bismillah..,
Assalamualaikum w.b.t..
Hati-hati menjaga hati..
Topik yang ringkas ingin saya ulas sebelum beransur diri. 
(Saja je nak buat suspens , tak ada apa-apa sangat pun )

Cumanya , ingin saya kongsikan. 
Tips-tips yang saya kumpul dari teman-teman dan apa yang saya lakukan sendiri . 
Mungkin kalian boleh cuba nanti ,,.


1- Apabila kita berbicara dengan seseorang ajnabi , 
tidak perlulah mengadap ke arah dinding atau tengok ke langit.
Untuk jadi lebih profesional dan menghormati insan yang ingin berurusan ,
pandanglah ke arah DAHI beliau. 
Perkara ini telah saya praktikan , ternyata lebih senang untuk kita berkomunikasi dan memberi perhatian kepada insan yang menyampaikan maklumat (ajnabi).

2- Bagi kawan-kawan akhawat yang suka / mudah tersenyum (macam saya ).. 
Saya faham , orang-orang yang masuk kategori macam ini , memang akan tersenyum bila kita tengok apa-apa sahaja makhluk bernyawa, tak kisah lah manusia , ikan , kucing atau ayam , semua jenis spesis hidupan  di dunia. 
Bagi mengelakkan salah faham , 
selalunya apa yang kita boleh lakukan ,. bila berselisih dengan insan ajnabi ,
bagi mengelakkan salah faham,.
tundukkan lah pandangan kita . 
Ingat,. bukan 'mereka' sahaja yang perlu menjaga pandangan ..
kita juga sama. 
Kalau nak senyum., tar di jalan pun kita boleh aplikasikan ketika ini . hehe..

3. Bagi kaum hawa yang bersuara lunak .
Pasti kalian / kita kadang-kadang sukar/tidak sempat  untuk menegaskan suara ketika berbicara dengan ajnabi.
Oleh itu , kurangkanlah berbicara perkara-perkara yang tidak perlu dengan mereka . Berbicaralah hanya apabila perlu . 

.4. Ikhtilat maya .
Kita sedaya-upayanya menjaga ikhtilat maya ini., tidak berchatting dengan golongan ajnabi.
Tapi kadang-kala., ada rakan-rakan yang kita kenali , atau orang-orang yang kita hormati menegur kita di chat box .
Mengikut pandangan saya , kalau kawan-kawan atau kenalan-kenalan kita yang bukan muhrim tegur dan bertanya khabar , mungkin setahun hanya beberapa kali , jawablah dengan tertib. Tidak perlulah memutuskan terus ukhuwah , namun jagalah batas-batas kita dan chatting itu tidak beterusan dan berlarutan sehingga melalaikan. Cukup bertanya khabar dan mengambil tahu sedikit sebanyak perkembangan mereka. 
Dan apabila orang-orang yang kita hormati (ajnabi ) menegur kita , 
ada kalanya ia bukan satu keperluan. Jika punyai tanda-tanda yang melalaikan..
cukuplah dengan menjawab salam dan bertanyakan sekiranya ada perkara yang ingin mereka sampaikan. 
Dan ada lagi satu kes, (bukan saya yang alami)
"Hye , boleh berkenalan?"
1.tak balas.
2.tak balas.
3.tak balas. 
huhu..

Notes :
1. Kalau kita ingin menjadi seorang yang profesional , profesionalkanlah diri kita dalam pelbagai segi. 
Ibadah  , dakwah dan perjuangan kita tidak pernah menghadkan kita untuk menjadi profesional.  
2. Ukhuwah itu akan terjalin , tidak mengira jantina., 
Namun bagaimana kita pelihara ukhuwah kita itu yang menentukan kekuatan sebenar ukhuwah kita.
3. Akhwat yang menjaga ikhtilat itu bukan sombong , kita hanya ingin menjaga diri kita untuk menjadi lebih baik. 
Tidak bermakna kita baik , tapi hal ini mampu membantu diri kita menuju kearah itu. 
4. Perkara yang baik, harus melalui jalan yang baik . 



Tulisan ini bukan bereti saya sempurna , kadang-kadang sering juga lalai.
Ingatkanlah saya jika terlupa , 
Moga-moga kita sering saling memperingati. 

Barakallah sahabat ku Madam Fizah. :)

Bismillah., 
Assalamualaikum w.b.t semua...
Hehe.. 

Coretan kali ini , khas saya buatkan untuk Nor Hafizah , sahabat sekelas dan sahabat seperjuangan ..
Maaf Fizah., kami tak buatkan pre dan post wedding video . 
Ada tenaga , ada kemahiran (sikit-sikit).., tp tiada peralatan dan kesuntukan masa juga.. 
Oleh itu , di sini sahajalah nak meluahkan segala yang nak bagitahu Fizah. 
Aasif Jiddan sekali lagi.. kui3..
(NOTE : saya bahasakan diri saya dengan kawan-kawan 'KAMI') :P

Dan buat kawan-kawan yang tak tahu berita.. (hehe)
alhamdulilah.., sahabat ana (cewah) telah selamat di ijabkabulkan pada 11 April 2013 yang lepas. 
taraaaa.. ini gambar kami sekelas masa nak bertolak ke majlis. 

Notes! saya invisible di dalam gambar ini. Tenggelam dek kegembiraan kawan-kawan yang lain. hihi.

Alhamdulilah.., majlis berjalan dengan lancar., 
Allah., hati berdebar-debar sangat masa ayah Fizah (selaku tok kadi ) pada hari tersebut melafazkan akad kepada pengantin lelaki USTAZ MEOR .
Terserlah bahawa Fizah sangat co0l , hehe.. 
Sebabnya kami yang kawan-kawan kat tepi-tepi ni yang gelabah.. Tapi fizah masih tenang di sisi ibunya.
Dua tiga hari sebelum pernikahan ., saya ada bersembang-sembang dengan Fizah , beliau ada menyatakan perasaan berdebar-debarnya.
Tapi pada hari itu , beliau berjaya menjadi RATU SEHARI yang sangat tenang dan ternyata sungguh MATANG. 
Dalam hati saya apabila melihat beliau ketika itu hanya berkata ,
"Aku tak boleh kahwin lagi ni" hehe.. 


Kalau ada yang ingin tahu personaliti Fizah , 
sepanjang perkenalan dan persahabatan ukhuwah kami terjalin (briefly je la owkey, isteri orang dah nie , hehe.. kidding :P)
Fizah adalah seorang pelajar contoh kepada kawan, cemerlang pelajaran dan cemerlang sahsiah.
Seorang yang sangat menjaga ikhtilat .
Melihat beliau hati menjadi tenang .
Dan beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan.. 
Saya ketika rasa jatuh dan iman turun naik., selalu rujuk dan minta nasihat daripada beliau.. 
Alhamdulilah.., Hati rasa tenang bila rakan yang dikasihi di jodohkan dengan seorang zauj yang Soleh ., 

Kan Allah dan bagitahu , wanita yang baik untuk lelaki yang baik., 
Begitu juga sebaliknya . 
Barakallah Fizah dan pasangan . :)


Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat pengantin baru kepada merpati dua sejoli.,
Saya doakan Fizah dan pasangan kekal hingga ke syurga., 
Semoga Fizah dapat menjadi contoh kepada kawan-kawan.. 
Menjadi anak , isteri dan bakal ibu yang solehah.. Amiin..
(Fizah, kami cop nak jadi babysitter dulu!!! ) :P hehe..

Jumaat, 8 Februari 2013

Second Home With Second Family

Assalamualaikum w.b.t..
maaf la lama tak update blog (hahaha.., macam ada pembaca :P )

Alhamdulilah.., cuti winter dah sampai dipenghujungnya untuk tahun 2013 nie..
sob3.. nak cuti lagi! tapi tak apa.. 
perjuangan harus diteruskan..
Semangat2~!

Tahun lepas.., saya dikejutkan dengan 'surprise birthday party' kat dahab..
hoh0.. bahagia~ Tahun nie..
sahabat2 semua tak cukup korum masa ketibaan tanggal 30 januari.. dua orang terbang ke UK.., seorang lagi terbang ke bumi tanah air terchinta.
Alhamdulilah..
ada juga kawan yang datang dari kaherah dan sambut sama-sama.
Time kacehh Hannan isa dan kak Ummi.. :)

nak update sikit je pun.. sebab semangat tukar laju background blog ni yang dah lama berhabuk..
Juniel.. ILLA ILLA~ hehe..

bila semua dah cukup kurom.., petang tadi rumah jay ajak pergi makan kat Frisky..
maalish gambar makanan tak dapat nk upload sebab takut penonton2 terliur.. haha..
(padahal takda dalam simpanan pun)





Alhamdulilah..,
Allah kurnia kan sahabat2 yang baik2 belaka untuk saya di bumi mesir ini.
Sahabat yang akan marah kalau tak makan , masa duduk rumah sorang2.
Sahabat yang menangis masa saya menangis.
Sahabat yang selalu meringankan dalam pelbagai sudut dan cara.
Sahabat yang ingat untuk meraikan kegembiraan bersama-sama.
Sahabat yang makan setalam dengan saya walaupun demam dan selesema .
Sahabat yang membuatkan saya sunyi bila tiada suaranya di dalam rumah. 
Sahabat yang akan sama-sama merasai bahang bila melihat saya tersentuh hati (tacing).
Sahabat yang tidak pernah berkira wang , tenaga dan masa.


Syukran jazilan..
Jazakillahu khairan katheero,
Walaupun dah belated sangat2 dah..
Tapi still sambut juga kehadiran dan saat2 kelahiran saya didunia ini.
Tak lupa juga pada kak ellfira , walaupun perkenalan hanya sebentar.., 
tapi terasa sungguh bermakna. 



Saya sayang semua kawan-kawan saya .
Kalau yang tiada dalam gambar-gambar nie.. bukan bereti lupa..
Moga ada waktu kita meraikan kasih sayang ukhuwah kita pula nanti.. :)