BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 1 Mei 2011

Seandainya ada keperluan~



Assalamualaikum w.b.t..., Bismilllahhirahmanirahim..
Tulisan ini.., sy tujukan ikhlas kepada sahabat2 kaum adam sy mahupun rapat atau tidak.., sy.. dah lama terniat di hati nak tulis utk kalian semua pasal nie.. dan kesempatan kali ini sy ambil utk mengarang khas bt kalian..
Pertama-tama nya.. sy menyusun sepuluh jari.., kepada segelintir drpd kalian.. tatkala sy selalu menjauhkan diri belakang ini.. bukanlah bermaksud sy benci atau ingin menyepikan diri.. Tidak lah pula sy berniat utk meleraikan ukhuwah sesama kita.. Cuma sy telah tersedar sesuatu.. dan kerana kasih sy kepada sahabat2 sekalian..sy berbuat demikian..

Telah sy habis berfikir..,
terlalu byk masa yg terbuang tatkala kita berchatting.., dan berbalas msg... bergurau dan berckp tentang pekara yg tidak berfaedah.. yg tidak memberi manfaat kepada kita..
semua nya tersia-sia begitu shj.. Maafkan sy utk ini...

Telah sy habis berfikir..,
sy bukanlah siapa2.., kalian bukanlah siapa2.., utk kita berkawan dan di layan seperti kaum kita sendiri.. tiada hubungan yg sah antara kita,.dan semuanya tersia-sia begitu shj...
Maafkan sy utk ini..

Telah sy habis berfikir..,
"sesungguhnya jika kita tidak mahu jodoh kita begitu.., maka jgnlah berbuat sedemikian kerana kalau tidak kita akan menjumpainya di situ dan begitu"
oleh itu.., Maafkan sy utk ini..

Telah sy habis berfikir..,
hati sy sudah tidak boleh melayan kalian seperti sy melayan sahabat2 kaum hawa sy., dan kerana tidak mahu menyakiti hati kalian.. lalu sy menjauhkan diri..
Maafkan sy.., maafkan sy utk ini..

mengharapkan simpati kalian semua.., bantu lah sy utk melakukan semua ini...
sesungguhnya perempuan yg baik2 utk lelaki yg baik.., begitu jg sebaliknya..
dan sesungguhnya 'wanita solehah' itu terlalu tinggi pengiktirafannya pd diri sy,..
kita masing2 memperbaiki diri insya Allah..

kita tidak tahu.., siapa jodoh kita yg telah ditetapkan di luf mahfuz selagy akad tidak di lafaz...
dan tidak terniat utk sy mengkhianati "si dia" nanty yg sy sendiri belum ketahui siapa..

maafkan sy sahabat sekalian kerana sudah tidak 'mesra' seperti dahulu.., SEANDAINYA ADA KEPERLUAN.., maka cari lah sy.. tidaklah masa itu sy ingin menjauhkan diri..
terima kasih kerana sudi memahami.., sahabat sekalian adalah sahabat sy yg baek..
Wasalam~

0 ulasan: