BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 15 April 2013

Hati - hati menjaga hati.

Bismillah..,
Assalamualaikum w.b.t..
Hati-hati menjaga hati..
Topik yang ringkas ingin saya ulas sebelum beransur diri. 
(Saja je nak buat suspens , tak ada apa-apa sangat pun )

Cumanya , ingin saya kongsikan. 
Tips-tips yang saya kumpul dari teman-teman dan apa yang saya lakukan sendiri . 
Mungkin kalian boleh cuba nanti ,,.


1- Apabila kita berbicara dengan seseorang ajnabi , 
tidak perlulah mengadap ke arah dinding atau tengok ke langit.
Untuk jadi lebih profesional dan menghormati insan yang ingin berurusan ,
pandanglah ke arah DAHI beliau. 
Perkara ini telah saya praktikan , ternyata lebih senang untuk kita berkomunikasi dan memberi perhatian kepada insan yang menyampaikan maklumat (ajnabi).

2- Bagi kawan-kawan akhawat yang suka / mudah tersenyum (macam saya ).. 
Saya faham , orang-orang yang masuk kategori macam ini , memang akan tersenyum bila kita tengok apa-apa sahaja makhluk bernyawa, tak kisah lah manusia , ikan , kucing atau ayam , semua jenis spesis hidupan  di dunia. 
Bagi mengelakkan salah faham , 
selalunya apa yang kita boleh lakukan ,. bila berselisih dengan insan ajnabi ,
bagi mengelakkan salah faham,.
tundukkan lah pandangan kita . 
Ingat,. bukan 'mereka' sahaja yang perlu menjaga pandangan ..
kita juga sama. 
Kalau nak senyum., tar di jalan pun kita boleh aplikasikan ketika ini . hehe..

3. Bagi kaum hawa yang bersuara lunak .
Pasti kalian / kita kadang-kadang sukar/tidak sempat  untuk menegaskan suara ketika berbicara dengan ajnabi.
Oleh itu , kurangkanlah berbicara perkara-perkara yang tidak perlu dengan mereka . Berbicaralah hanya apabila perlu . 

.4. Ikhtilat maya .
Kita sedaya-upayanya menjaga ikhtilat maya ini., tidak berchatting dengan golongan ajnabi.
Tapi kadang-kala., ada rakan-rakan yang kita kenali , atau orang-orang yang kita hormati menegur kita di chat box .
Mengikut pandangan saya , kalau kawan-kawan atau kenalan-kenalan kita yang bukan muhrim tegur dan bertanya khabar , mungkin setahun hanya beberapa kali , jawablah dengan tertib. Tidak perlulah memutuskan terus ukhuwah , namun jagalah batas-batas kita dan chatting itu tidak beterusan dan berlarutan sehingga melalaikan. Cukup bertanya khabar dan mengambil tahu sedikit sebanyak perkembangan mereka. 
Dan apabila orang-orang yang kita hormati (ajnabi ) menegur kita , 
ada kalanya ia bukan satu keperluan. Jika punyai tanda-tanda yang melalaikan..
cukuplah dengan menjawab salam dan bertanyakan sekiranya ada perkara yang ingin mereka sampaikan. 
Dan ada lagi satu kes, (bukan saya yang alami)
"Hye , boleh berkenalan?"
1.tak balas.
2.tak balas.
3.tak balas. 
huhu..

Notes :
1. Kalau kita ingin menjadi seorang yang profesional , profesionalkanlah diri kita dalam pelbagai segi. 
Ibadah  , dakwah dan perjuangan kita tidak pernah menghadkan kita untuk menjadi profesional.  
2. Ukhuwah itu akan terjalin , tidak mengira jantina., 
Namun bagaimana kita pelihara ukhuwah kita itu yang menentukan kekuatan sebenar ukhuwah kita.
3. Akhwat yang menjaga ikhtilat itu bukan sombong , kita hanya ingin menjaga diri kita untuk menjadi lebih baik. 
Tidak bermakna kita baik , tapi hal ini mampu membantu diri kita menuju kearah itu. 
4. Perkara yang baik, harus melalui jalan yang baik . 



Tulisan ini bukan bereti saya sempurna , kadang-kadang sering juga lalai.
Ingatkanlah saya jika terlupa , 
Moga-moga kita sering saling memperingati. 

Barakallah sahabat ku Madam Fizah. :)

Bismillah., 
Assalamualaikum w.b.t semua...
Hehe.. 

Coretan kali ini , khas saya buatkan untuk Nor Hafizah , sahabat sekelas dan sahabat seperjuangan ..
Maaf Fizah., kami tak buatkan pre dan post wedding video . 
Ada tenaga , ada kemahiran (sikit-sikit).., tp tiada peralatan dan kesuntukan masa juga.. 
Oleh itu , di sini sahajalah nak meluahkan segala yang nak bagitahu Fizah. 
Aasif Jiddan sekali lagi.. kui3..
(NOTE : saya bahasakan diri saya dengan kawan-kawan 'KAMI') :P

Dan buat kawan-kawan yang tak tahu berita.. (hehe)
alhamdulilah.., sahabat ana (cewah) telah selamat di ijabkabulkan pada 11 April 2013 yang lepas. 
taraaaa.. ini gambar kami sekelas masa nak bertolak ke majlis. 

Notes! saya invisible di dalam gambar ini. Tenggelam dek kegembiraan kawan-kawan yang lain. hihi.

Alhamdulilah.., majlis berjalan dengan lancar., 
Allah., hati berdebar-debar sangat masa ayah Fizah (selaku tok kadi ) pada hari tersebut melafazkan akad kepada pengantin lelaki USTAZ MEOR .
Terserlah bahawa Fizah sangat co0l , hehe.. 
Sebabnya kami yang kawan-kawan kat tepi-tepi ni yang gelabah.. Tapi fizah masih tenang di sisi ibunya.
Dua tiga hari sebelum pernikahan ., saya ada bersembang-sembang dengan Fizah , beliau ada menyatakan perasaan berdebar-debarnya.
Tapi pada hari itu , beliau berjaya menjadi RATU SEHARI yang sangat tenang dan ternyata sungguh MATANG. 
Dalam hati saya apabila melihat beliau ketika itu hanya berkata ,
"Aku tak boleh kahwin lagi ni" hehe.. 


Kalau ada yang ingin tahu personaliti Fizah , 
sepanjang perkenalan dan persahabatan ukhuwah kami terjalin (briefly je la owkey, isteri orang dah nie , hehe.. kidding :P)
Fizah adalah seorang pelajar contoh kepada kawan, cemerlang pelajaran dan cemerlang sahsiah.
Seorang yang sangat menjaga ikhtilat .
Melihat beliau hati menjadi tenang .
Dan beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan.. 
Saya ketika rasa jatuh dan iman turun naik., selalu rujuk dan minta nasihat daripada beliau.. 
Alhamdulilah.., Hati rasa tenang bila rakan yang dikasihi di jodohkan dengan seorang zauj yang Soleh ., 

Kan Allah dan bagitahu , wanita yang baik untuk lelaki yang baik., 
Begitu juga sebaliknya . 
Barakallah Fizah dan pasangan . :)


Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat pengantin baru kepada merpati dua sejoli.,
Saya doakan Fizah dan pasangan kekal hingga ke syurga., 
Semoga Fizah dapat menjadi contoh kepada kawan-kawan.. 
Menjadi anak , isteri dan bakal ibu yang solehah.. Amiin..
(Fizah, kami cop nak jadi babysitter dulu!!! ) :P hehe..