BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 13 April 2012

Adakah benar kamu rasa TERBEBAN..?



Assalamualaikum semua..,
Sudah lama kiranya saya tidak membuat coretan di sini..
Tulisan kali nie.., Saya ingin menjadi 'sedikit' serius..
Sedikit saja.., tak banyak.. :)

Seringkali.., Telinga ini mendengar..
"Mari kita sama2 bawa BEBAN dakwah"..,
"BEBAN dakwah ini harus kita jalankan bersama2..."
dan pelbagai ayat lagi yang diBEBANkan dengan perkataan 'tersebut'..



Perkara pertama yang ingin saya jernihkan di sini..,
Kita adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t..
Tujuan apakah kita dihidupkan di atas muka bumi ini..??
Adakah untuk dibebankan..?
Saudara-saudara seIslam ku..,
Tujuan kita dihidupkan di dunia adalah untuk menjadi khalifah di dunia yang fana ini..
Menjadi seorang Daie..,
Mengabdikan diri kepada Illahi..
Dunia ini adalah pentas semata-mata..
Hidup ini adalah suatu persinggahan..
Persinggahan untuk mencari sedikit bekalan..
Hidup yang sebenar-benarnya HIDUP adalah di akhirat abadi..



Perkara yang kedua yang ingin saya perjelaskan di sini..
Saya ingin saudara-saudara lihat , baca dan faham..

Kita akan menyebut ,
"Ketika seorang anak sudah besar, adalah menjadi satu TANGGUNGJAWAB untuk beliau menjaga kedua ibu bapanya"
Kita tidak menyebut ,
"Ketika seorang anak sudah besar, adalah menjadi satu BEBAN untuk beliau menjaga kedua ibu bapanya"

Kita akan menyebut ,
"TANGGUNGJAWAB seorang pelajar adalah untuk menyiapkan kerja sekolah tepat pada masanya "
Kita tidak sebut.,
"BEBAN seorang pelajar adalah untuk menyiapkan kerja sekolah tepat pada masanya "

Kita akan menyebut ,
"Seorang bapa berTANGGUNGJAWAB untuk mencari nafkah kepada keluarga"
Kita tidak sebut,
"Seorang bapa terBEBAN untuk mencari nafkah kepada keluarga"



Itu adalah contoh-contoh yang paling mudah untuk kita lihat betapa tidak bertetapatan perkataan BEBAN itu digunakan untuk seseorang individu melaksanakan sesuatu perkara yang WAJIB bagi nya,,
Persoalannya di sini ialah..,
Adakah kita memandang enteng TANGGUNGJAWAB dakwah yang sudah menjadi FITRAH seorang MUSLIM selahirnya kita di dunia ini..?
dan
Adakah berTEPATAN kita menggunakan perkataan BEBAN untuk TANGGUNGJAWAB kita sendiri.?

Kita boleh menggunakan adab-adab berbahasa apabila berinteraksi dan berkomunikasi dengan manusia..,
Mengapa kita tidak menggunakan adab-abad tersebut dalam 'bahasa' kita dengan Yang Esa..?



Konklusinya di sini.,
Pada perkiraan saya..,
Adalah lebih manis dan lebih sedap di dengar sekiranya kita menukarkan ,
"Beban dakwah " kepada "TANGGUNGJAWAB dakwah"
Manusia ini hidupnya adalah untuk memberi dan tidak mengharapkan balasan.
Apabila kita menganggap sesuatu itu sebagai beban.., maka hal itu akan menjadi sangat berat dan sukar untuk dilaksanakan..
Seakan-akan paksaan..
Tetapi.. Apabila kita mengganggap sesuatu itu sebagai TANGGUNGJAWAB..,
Senang atau sukar.., Kita akan melaksanakannya dengan penuh rasa IHSAN di jiwa.

Kata-kata saya ini adalah pendapat dari hati semata-mata..
sekiranya saudara-saudara berasa saya benar..,
Marilah sama-sama kita berubah dari segi ini..
Jika tidak.., teruskan lah seperti mana yang anda rasa harus..
sekiranya BEBAN itu BENAR tidak menjadi BEBAN anda..

Mari sama-sama kita renungkan ..
Wasalam..